Sunday, March 24, 2013

Wahai Jejaka

First day:
seperti biasa bila aku di perlukan aku akan membantu kawan aku di kedainya.. tapi first time tu juga aku baru perasan si dia muka dia macam aku pernah lihat tapi di mana aku tak ingt. dan pada waktu tu juga dia melihat aku.. fuhh kekok abis kerja aku.. hehehe.. tapi nasib baik aku pandai cover pura2 tak nmpak dia buat2 busy.. huh entah kenapa tetiba hai aku berdebar-debar.. tapi aku malas nak ambik port sebab biasa la customer datang dan pergi.. tapi dengan dia aku rasa lain...

Second day:
aku masuk2 je kerja harap tak jumpa dia.. tapi entah kenapa juga hatiku teringin nak jumpa dia.. ishh pening2.. aku ne susah nak kenal2 dengan lelaki so siapa yang gentleman tu bertuah la.. hehehehe...
aku tengah sibuk2 angkat lauk.. tetiba hatiku berdebar-debar semula.. tapi tak expect yng dia datang.. rupa-rupanya betul dia nak datang...
huhuhu apa lagi.. berdegup kencang la hati dan jantung aku ne huuhuhu.. kemudian dia melihat setiap gerak geri aku.. aku pula buat tak perasan padahal sebenarnya aku perasan hehehe.. bila dia pergi aku rasa macam sedih huhu.. tapi aku yakin kalau dah jodoh tak kemana bak kata orang tua2...

wahai si jejaka siapa pun kamu.. aku tak tahu kenapa acap kali bertemu dengan dirimu.. aku akan menjadi tak keruan.. aku tak tahu sama ada cinta atau bukan... Tapi aku yakin jika Allah takdirkan kita berjodoh dimana-mana pun kita akan berjumpa.. Sekiranya engkau sudah berpunya aku doakan semoga engkau berbahagia.. Mungkin ada hikmah disebalik ini semua.. Hanya Allah Yang lebih mengetahui segala hal.. dan Dia juga yang merancang semuanya.. :)

Saturday, December 15, 2012

corat-coret ku di Infosys Campus Connect PTSB Nov-Dec 2012

salam semua.. dah agak lama rasanya aku tak mengupdate apa2 di entry blog ni.. sorry sebab kebelangkanga ini aku sibuk sikit... 3 minggu aku kena kursus di Kulim dan memandangkan aku dah tamat kursus.. Aku nak berkongsi sikit pengalaman dan kenangan aku semasa aku menghadiri Kursus Program Infosys di Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim Kedag\h Darul Aman..

25hb Nov 2012
masa 9.45 a.m

Hari pertama aku untuk pergi ke  program Infosys. Aku rasa macam berat hati je nak pergi.. kalau ikut kan hati malas je nak join program ni.. Tapi bila di fikir-fikirkan balik ini adalah salah satu peluang yang patut aku rebut kerana tak ramai yang berpeluang untuk ikuti program seperti dan disamping itu aku boleh mempelajari lebih mendalam lagi bidang yang aku ceburi.. Saat bas mula bertolak hati aku dah terdetik macam manalah agaknye ye keadaan aku disana nanti.. boleh kah aku sesuai kan diri dan macam mana pula cara tenaga pengajar tu ajar...tegas ke...

12.00 p.m
aku sampai di Politeknik Sultanah Bahiyah @PTSB ... WOW! aku terpegun dengan struktur binaan bangunannya.. tak seperti sebuah politeknik tetapi persis macam universiti.. memang besar..  after that bas poli aku berhenti di depan pejabat asrama and now mula satu pengalaman baru aku di PTSB bagi program Infosys.. sampai je disana kami di berikan kunci asrama.. pastu aku dengan kawan2 lain gerak la nak ke bilik asrama ingatkan dekat la.. tapi boleh tahan juga la jauh nye.. kat sana asrama@kamsis ada lima blok mula dari blok V1 hingga V5.. aku dan kawan2 perempuan di tempatkan di blok V3 dan pelajar lelaki di blok V4.. cantik juga asramanye.. Selepas siap2 kemas bilik kami di beritahu akan ada taklimat kursus pada pukul 6.. lalu aku dengan kawan2 siap2 nak mandi.. tetapi pada masa yang sama pelajar dari polteknik PSAS dan PSIS baru sampai.. selang sahaja beberapa pintu bilik asrama aku lalu.. aku ternampak satu kelibat orang yang macam aku kenal.. aku patah balik rupa-rupanya geng aku waktu aku di PSIS dulu pun dapat juga ikuti program.. Apalagi  seronok abis la aku...

6.00 p.m
kami di berikan taklimat.. jadual2 waktu kelas bermula dan topik yang aku akan pelajari...

26 Nov 2011
8.30 a.m-5.00p.m
hari pertama aku mengikuti kursus ini dan hari pertama kelas kami bermula..
mula macam membosankan tapi lama2 seronok sebab pengajar nye very cool.. huhu
kami di berikan tugasan secara berkumpulan dan mesti campur dari poiteknik lain.. dan di situ la perkenalan kami bermula...


to be continueeed... huhuhu


Saturday, September 15, 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca.. Maaf sebab dah lama tak corat-coret dalam blog ne. sebab kebelangkangan ini agak sibuk.. ok la kita terus ke topik yang tertera seperti di atas.. Saya baru sahaja dapat berita 2 minggu yang lepas mengenai kematian salah satu kawan blogger kita iaitu adik Yasmin Hunwick.. Sungguh sedih dan tragis saya mendengarnya..  Saya dapat tahu dia meninggal di tempat kejadian kerana kes langgar lari.. Saya tak sangka masih ada lagi insan yang tak bertanggungjawab yang sanggup membiarkan mangsa kesakitan di tempat kejadian.. mujur ada seorang insan yang berhati mulia membantu tetapi.. adik Yasmin tidak sempat di kejarkan ke Hospital  kerana keadaan beliau ketika itu sudah nazak.. insan yang berhati mulia itu hanya mampu membantu adik Yasmin mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.. Alhamdulillah adik Yasmin mampu menyebutnya selama tiga kali.. Saya doakan semoga roh adik Yasmin Johan Eusoff ditempatkan dengan para Syuhadah.. Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui Segala Yang Tersirat Dan Yang Tersurat.. ajal maut dan jodoh sudah tertulis lagi semenjak kita di dalam rahim ibu lagi.. Semoga keluarga adik Yasmin tabah menghadapi semua ini.. Al-Fatihah..

Moral of the story : Setiap manusia akan menemui mati.. bezanya kita tak tahu bila dan bagaimanakah kematian akan menjemput kita..

Wassalaam.. sayang saya kepada anda semua Hanim_Juhari

Sunday, May 27, 2012

Jodoh rahsia Allah..


Allah telah memberikan kita
Dua Mata untuk melihat..
Dua Telinga untuk mendengar..
Dua Kaki untuk berjalan..
Dua Tangan untuk memegang..
Tetapi kenapa Allah memberikan kepada kita satu hati mana perginya satu lagi hati..
Ini kerana Hati yang satu lagi kita harus mencarinya.. kerana apabila dua hati menjadi satu.. Itulah namanya... C.I.N.T.A  
 *tetapi mestilah cari CINTA tersebut di jalan yang diredhai olehNya *

Sunday day..

Hye my blogger friends.. hri cuti macam ne apa korang buat ye.. hurmm.. yang ada pasangan tu mestila habiskan masa bersama yang tercinta.. heheh.. yang single habiskan masa dengan keluarga dan kawan2.. Hari ni saya tak ada apa2 aktiviti.. nak ajak kawan2 kebanyakan semua dah duduk jauh.. ada yang dh berkeluarga.. Tahniah buat kawan2 aku yang telah mendirikan rumah tangga semalam.. Hope kebahagian korang sampai ke Jannah.. Amin.. Aku pula jangan tanya la.. calon pun tak ada lagi..huhuu.. Aku sedang menunggu bakal pemimpin aku dan berdoa dia seorang yang beramal soleh.. mampu membawa aku ke jalan Allah.. dan juga mampu menangung hidup aku dan keluarga kami nanti.. seorang yang bertanggungjawab.. sebenarnya aku dah lama tak update status dekat blog aku.. so kalau di ikutkan hati rasa banyak benda aku nak share.. :) tapi nanti takut pembaca rasa bosan.. so setakat ni jela.. *pening*.. hahaha

Tuesday, January 31, 2012

Petikan dari Kata-kata Ustaz Idrus.


 Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.. 
 Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia..
 Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti..
 Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya..
 Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.. 


HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya..

Wednesday, January 25, 2012


                                        
                                                             19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.