Tuesday, January 31, 2012

Petikan dari Kata-kata Ustaz Idrus.


 Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.. 
 Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia..
 Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti..
 Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya..
 Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.. 


HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya..

Wednesday, January 25, 2012


                                        
                                                             19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Monday, January 23, 2012

MorninG !!

Hari ini aku Terima satu mesej.. time tu aku tengah tido.. aku buka mesej terkejut aku rupa-rupanya mesej itu dari si Dia.. hehehe.. Aku ingatkan dia dah merajuk dengan aku.. so aku pun malas la nak layan.. rupa-rupanya merajuk sekejap je.. aku nak balas kredit takde la pulak time tu.. baki dah 0.00 sen dah.. ish kesian aku tengok baki hp aku hehehe.. Tapi apa2 pun aku bersyukur dia dah tak marah aku lagi..
(aku dah tak tahu nak tulis apa dah)
=)

KECANTIKAN SEORANG WANITA





Allah berfirman: 
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya." 
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." 
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." 
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." 
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." 
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." 
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

petikan dari salah satu wall di f.b


Tulang rusuk Adam yang hilang,biarlah dia yang datang mencarinya sendiri.Hawa pula,tunggulah dan bersabarlah..tak perlulah kamu yang mencari Adam.Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang,dia akan datang mencarimu dan mengambilmu suatu hari nanti.Apa yang boleh kamu usahakan ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama,beramal dengan agamanya dan baik akhlaknya.

relax kan diri pergi ke hotspring lost world of tambun

HAri INi.. setelah sekian lama aku tak pergi ke hotspring akhirnya telah melepaskan semua stress di sana.. fuhh bnyak dah berubah.. aku dah lama gak tak pergi kat sana.. best gila nanti kalau aku nak pergi lagi aku cadang nak ajak si dia la.. boleh hilang stress dan mengubatkan segala kesakitan.. huhuu..
tapi dalam tengah seronok tu sempat juga aku usha2 pelancong kat situ mereka sangat teruja datang kat lost world.. huhuhuh... tapi yang geram tu ada la sorang mamat ne sempat usha aku.. dah la ada awek.. awek dia pun not bad seksi yoo..!!..hahaha.. tapi masih duk gatal usha aku... aku pun malas nak tengok.. aku blah je la dari tempat tu..huhuhu...  nanti ada masa aku uploadkan gambar aku dengan BFF aku ye...Aku juga nak suggest kan kepada korang yang tak pernah datang lost world.. moh la ke sini best.. boleh bawa yang tersayang sekali... =) heheheehehe

Friday, January 20, 2012

suka atau cinta. rindu dia..

aku rindu dekat dia tapi aku tak tahu.. apakah perasaaan aku ini cinta atau suka..
aku juga takut untuk mencintai dirinya dengan lebih mendalam..hurmm..
ini kerana aku takut untuk dilukai lagi.. aku takut memori silam aku berulang kembali..

Ya Allah!
jika benar dia jodoh aku berikanlah aku kekuatan untuk menerima dirinya seadanya..
jika benar perasaan aku ini cinta.. jangan lah biarkan dia pergi dari hidup ku..
SesungguhNya Engkau cinta hakiki ku.. dia pendamping hidup ku..

Amin..