Saturday, September 15, 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca.. Maaf sebab dah lama tak corat-coret dalam blog ne. sebab kebelangkangan ini agak sibuk.. ok la kita terus ke topik yang tertera seperti di atas.. Saya baru sahaja dapat berita 2 minggu yang lepas mengenai kematian salah satu kawan blogger kita iaitu adik Yasmin Hunwick.. Sungguh sedih dan tragis saya mendengarnya..  Saya dapat tahu dia meninggal di tempat kejadian kerana kes langgar lari.. Saya tak sangka masih ada lagi insan yang tak bertanggungjawab yang sanggup membiarkan mangsa kesakitan di tempat kejadian.. mujur ada seorang insan yang berhati mulia membantu tetapi.. adik Yasmin tidak sempat di kejarkan ke Hospital  kerana keadaan beliau ketika itu sudah nazak.. insan yang berhati mulia itu hanya mampu membantu adik Yasmin mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.. Alhamdulillah adik Yasmin mampu menyebutnya selama tiga kali.. Saya doakan semoga roh adik Yasmin Johan Eusoff ditempatkan dengan para Syuhadah.. Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui Segala Yang Tersirat Dan Yang Tersurat.. ajal maut dan jodoh sudah tertulis lagi semenjak kita di dalam rahim ibu lagi.. Semoga keluarga adik Yasmin tabah menghadapi semua ini.. Al-Fatihah..

Moral of the story : Setiap manusia akan menemui mati.. bezanya kita tak tahu bila dan bagaimanakah kematian akan menjemput kita..

Wassalaam.. sayang saya kepada anda semua Hanim_Juhari