Saturday, December 15, 2012

corat-coret ku di Infosys Campus Connect PTSB Nov-Dec 2012

salam semua.. dah agak lama rasanya aku tak mengupdate apa2 di entry blog ni.. sorry sebab kebelangkanga ini aku sibuk sikit... 3 minggu aku kena kursus di Kulim dan memandangkan aku dah tamat kursus.. Aku nak berkongsi sikit pengalaman dan kenangan aku semasa aku menghadiri Kursus Program Infosys di Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim Kedag\h Darul Aman..

25hb Nov 2012
masa 9.45 a.m

Hari pertama aku untuk pergi ke  program Infosys. Aku rasa macam berat hati je nak pergi.. kalau ikut kan hati malas je nak join program ni.. Tapi bila di fikir-fikirkan balik ini adalah salah satu peluang yang patut aku rebut kerana tak ramai yang berpeluang untuk ikuti program seperti dan disamping itu aku boleh mempelajari lebih mendalam lagi bidang yang aku ceburi.. Saat bas mula bertolak hati aku dah terdetik macam manalah agaknye ye keadaan aku disana nanti.. boleh kah aku sesuai kan diri dan macam mana pula cara tenaga pengajar tu ajar...tegas ke...

12.00 p.m
aku sampai di Politeknik Sultanah Bahiyah @PTSB ... WOW! aku terpegun dengan struktur binaan bangunannya.. tak seperti sebuah politeknik tetapi persis macam universiti.. memang besar..  after that bas poli aku berhenti di depan pejabat asrama and now mula satu pengalaman baru aku di PTSB bagi program Infosys.. sampai je disana kami di berikan kunci asrama.. pastu aku dengan kawan2 lain gerak la nak ke bilik asrama ingatkan dekat la.. tapi boleh tahan juga la jauh nye.. kat sana asrama@kamsis ada lima blok mula dari blok V1 hingga V5.. aku dan kawan2 perempuan di tempatkan di blok V3 dan pelajar lelaki di blok V4.. cantik juga asramanye.. Selepas siap2 kemas bilik kami di beritahu akan ada taklimat kursus pada pukul 6.. lalu aku dengan kawan2 siap2 nak mandi.. tetapi pada masa yang sama pelajar dari polteknik PSAS dan PSIS baru sampai.. selang sahaja beberapa pintu bilik asrama aku lalu.. aku ternampak satu kelibat orang yang macam aku kenal.. aku patah balik rupa-rupanya geng aku waktu aku di PSIS dulu pun dapat juga ikuti program.. Apalagi  seronok abis la aku...

6.00 p.m
kami di berikan taklimat.. jadual2 waktu kelas bermula dan topik yang aku akan pelajari...

26 Nov 2011
8.30 a.m-5.00p.m
hari pertama aku mengikuti kursus ini dan hari pertama kelas kami bermula..
mula macam membosankan tapi lama2 seronok sebab pengajar nye very cool.. huhu
kami di berikan tugasan secara berkumpulan dan mesti campur dari poiteknik lain.. dan di situ la perkenalan kami bermula...


to be continueeed... huhuhu


1 comment:

  1. Salam,

    Really enjoyed reading your blog. Please blog more often. :)

    ReplyDelete