Sunday, March 24, 2013

Wahai Jejaka

First day:
seperti biasa bila aku di perlukan aku akan membantu kawan aku di kedainya.. tapi first time tu juga aku baru perasan si dia muka dia macam aku pernah lihat tapi di mana aku tak ingt. dan pada waktu tu juga dia melihat aku.. fuhh kekok abis kerja aku.. hehehe.. tapi nasib baik aku pandai cover pura2 tak nmpak dia buat2 busy.. huh entah kenapa tetiba hai aku berdebar-debar.. tapi aku malas nak ambik port sebab biasa la customer datang dan pergi.. tapi dengan dia aku rasa lain...

Second day:
aku masuk2 je kerja harap tak jumpa dia.. tapi entah kenapa juga hatiku teringin nak jumpa dia.. ishh pening2.. aku ne susah nak kenal2 dengan lelaki so siapa yang gentleman tu bertuah la.. hehehehe...
aku tengah sibuk2 angkat lauk.. tetiba hatiku berdebar-debar semula.. tapi tak expect yng dia datang.. rupa-rupanya betul dia nak datang...
huhuhu apa lagi.. berdegup kencang la hati dan jantung aku ne huuhuhu.. kemudian dia melihat setiap gerak geri aku.. aku pula buat tak perasan padahal sebenarnya aku perasan hehehe.. bila dia pergi aku rasa macam sedih huhu.. tapi aku yakin kalau dah jodoh tak kemana bak kata orang tua2...

wahai si jejaka siapa pun kamu.. aku tak tahu kenapa acap kali bertemu dengan dirimu.. aku akan menjadi tak keruan.. aku tak tahu sama ada cinta atau bukan... Tapi aku yakin jika Allah takdirkan kita berjodoh dimana-mana pun kita akan berjumpa.. Sekiranya engkau sudah berpunya aku doakan semoga engkau berbahagia.. Mungkin ada hikmah disebalik ini semua.. Hanya Allah Yang lebih mengetahui segala hal.. dan Dia juga yang merancang semuanya.. :)